Ahad, 10 April 2011

Oh ! Sayang .. Kisah 2

Badrul membaca dengan penuh berhati hati, biar setiap patah perkataan akan difahami, dan hati benar benar dapat merasai .

Salam Badrul ....
Sebelum ini Idah tidak pernah memanggil Bad dengan panggilan Abg
Tapi izinkan kali ini dan seterusnya Idah memanggil Abg Bad
Kalau mungkin masih ada masa seterusnya lagi untuk kita 
Idah tertanya tanya .....
Kenapa Abg Bad tidak datang ?
1 jam Idah menunggu Abag di Mid Velly
Pukul 8 40 Idah sudah tunggu Abg Bad 
Pukul 9 40 Idah balik dengan rasa sangat hampa bercampur risau
Risau kerana takut berlaku apa apa yang tak baik pada Abg Bad 
Hampa kerana terfikir juga Abg Bad mempermainkan Ida 
Kerana dalam fb terlalu sering ada kisah penipuan
Tapi moga Abg Bad tidak menipu Ida 
Ida masih yakin dengan kejujuran hati Abg Bad
Yang sering abg abg lafazkan pada tulisan Abg Bad 
Walau pun Idah yakin kejujuran Abg Bad
Tapi malam ini Idah akan logout fb selepas Idah menulis 
Idah mahu merasai kesunyian malam
Mencari ketetapan  hati tentang kehidupan ini
Dalam kegelapan, Idah akan melihat kejujuran cahaya 

Abg !!!! andai kita tidak berjumpa lagi 
Maafkan salah silap Idah dalam perkenalan kita selama ini
Idah doakan Abg sejahtera dan berbahagia selamanya
Moga Abg bertemu dengan hati wanita yang Abg cari cari
Tidak ada apa kesalahan yang Abg lakukan sepanjang perkenalan kita 
Jadi tidak ada apa yang perlu Idah katakan ungkapan kemaafan untuk Abg 

Akhirnya salam ingatan dari Idah buat Abg selama lamanya
Pun mungkin kita ditakdirkan tidak akan bertemu .


Hamidah .
9.4.2011.


    Berkali kali Bad membaca pesanan dari Idah dalam kota pesanan fbnya. Bad begitu sedeh dan terharu, hatinya menangis biarpun bibirnya terdiam, terasa dia hendak merokok, sedangkan sudah bertahun tahun dia berhenti merokok. 

    Bad mulai teringat di masa tingkatan empat dia di rotan oleh guru disiplin kerana merokok. Masa itu dia berkasih dengan gadis setingkatan dengan dia, Kata orang cinta monyet, Tapi dia terlalu mencintai gadis itu, begitu juga gadis itu sangat mencintai Bad. Gadis itu menangis dengan tersangat pilu bila Bad dirotan . Tapi cinta itu terpisah jua bila gadis kekasihnya itu, terlibat dalam kemalangan jalanraya. Kembali kealam yang abadi. Tika ini kenangan itu begitu hampir datang pada Bad, parut di hati yang selalu dirasai, tiba tiba sakit bagai berdarah kembali. Apakah Idah juga akan hilang, menambahkan luka baru pada hati. Tika ini jiwa Bad mulai merasa bertambah kasih dan sayang pada Idah. Betul rupanya bicara pujangga, udara itu selagi dia banyak, tidak begitu terasa perlu, tapi bila dia hampir tiada, barulah memuncak bimbang dan kegelisahan. 


   Bad berfikir panjang, apakah dia telah mencintai Idah secara tidak di sedari. Andai dia mencintai Idah tanpa melihat wajah, mungkin itu boleh di katakan cinta bukan kerana rupa. Mungkin juga kalau benar dia mencintai Idah, cinta itu bukan kerana harta, kerana Bad juga tidak pasti apakah kerja Idah yang sebenar, tidak tahu pun latar belakang keluarga Idah . Kalau terjalin cinta dengan Idah, Bad berfikir, apakah itu yang di katakan cinta kerana cinta .


   Bad akan menjawab pesanan dari Idah, tapi dia mahu minta nasihat ayat ayat power dari Jebat Taruna. Abg jt selalu ok dengan dia. Bad berfikir kali ini mesti di ikat betul betul hati Idah, agar Idah tidak merajuk dan hilang dari Bad. Ada terdengar rakan fb bercerita Jebat Taruna tu ada ilmu pengasih, betulkah tanya hati Bad, kalau ada nak minta tolong, tapi hati Bad menjawab sendiri , mana ada, itu cerita kelakar je lah .





Tiada ulasan:

Catat Ulasan