DI DALAM HATI
Malam ini aku tunggu kau di situ
Biarpun kau tak pernah menjelma
Kerana di situ kau pernah bejanji
Ingin bertemu dengan ku
Akan ku berbicara dengan mu di dalam hati
Aku terasa damai biarpun untuk seketika
Dalam wilayah asmara ku kau sentiasa ada
Biarpun sebenarnya mungkin kau telah tiada ...
jt @ Jebat Taruna
9.4.2011
Kuala Lumpur .
Selsai membaca madah tulisan Jebat Taruna, Badrul cepat logout facebooknya. Jam sudah pukul 8 00 malam, dia ada janji untuk bertemu dengan Hamidah. Badrul yang selalu di panggil Bad oleh rakan rakannya tergesa gesa pergi ke Mid Velly. Di situ janjinya bertemu dengan Hamidah yang di kenali melalui laman facebook. Bad tinggalkan keretanya di rumah, dia pergi dengan sebuah teksi .
Bad " boleh cepat sikit boss, saya ada hal mustahak "
" Boleh boleh " kata Pak Cik pemandu teksi .
" Terima kasih boss" tambah Bad lagi .
Teksi di pandu dengan laju, bila sampai berhampiran Hospital Universiti jalan tersangat sesak.
" Adussss mcm mana ni boss, saya janji jam 9 00, lagi 15 minit ." keluar ucapan keluhan Bad .
" Tak boleh nak buat apa, jalan satu hala, ada kemalangan rasanya ." jawab pemandu teksi .
Aircon teksi tu terasa sangat dingin pada tubuh Bad, tapi hatinya rasa berpeluh, terbayang wajah Hamidah yang begitu manis bertudung biru, Kalau ibunya lihat wajah Hamidah, mungkin ibunya sangat suka, kerana ibu selalu berpesan agar dia mencari kekasih yang bertudung. Tapi kalau Hamidah tu gemuk ke, pendik ke, bagaimana, Hamidah cuma letak gambar muka saja dekat profil fb, sekeping itu saja. nanti kalau kahwin, dapat anak , isteri aku pedik gemuk, anak yang bakal aku perolehi juga mungkin pendik gemuk. Dalam risau mungkin kelewatan, sempat juga Bad berangan angan dalam fikiran .
Fikiran Bad cuba menyedapkan hatinya, gemuk pedik, muka cantik, kira cantiklah, apa lagi mau, terus terkeluar ketawa dari mulut Bad " ha ha ha ...."
Pak cik teksi dengan kehairanan bertanya " kenapa ?"
Bad tersipu sipu " tak de pe Cik ..."
Pemandu teksi " .Oh! ..... " .
Dalam hati pemandu teksi, ketawalah kau, lagi lama tambang teksi lagi bertambah. apa ada masalah .
Dalam hati Bad, alangkah baiknya kalau dia ada motorsikal berkuasa tinggi, cepat saja meredah jalan sesak ni, tapi nak beli pun bukan murah, ada kawan Bad yang baru saja seminggu beli Yamaha 650 cc, harganya RM 36,000.00 . Agak mahal juga tu, dah boleh beli satu kereta baru .
Bad teringat lagi wajah Hamidah, selalu sangat dalam perbulan fb dengan Hamidah, Bad menegaskan persahabatan bukan kerana harta dan rupa. Jadi kalau tak cantik pun layan juga la . Nukilan Jebat Taruna sering dihatar kepada fb Hamidah. Kadang kadang tak minta kebenaran pun dengan Jebat Taruna, umpamanya nukilan Jebat Taruna yang ini .
Wanita Gadis Maya Ku
Aku begitu gembira bertemu mu
Sesuatu aku ingin kau tahu dalam petemuan ini
Akulah insan bertuah bertemu mu
Biarpun hanya di dunia maya
Ku cari cinta bukan sandaran paras dan rupa
Kerana aku punya rupa yang biasa saja
Tiada kacak yang boleh di puja
Aku tidak punyai kekayaan harta
Tiada apa yang boleh di bangga
Terharu aku membaca luahan jiwa mu
Kau catatkan bicara hati mu
Kau juga tidak memilih harta dan rupa
Kau mencari hati berbudi dan setia cinta
Dan itulah yang aku ada
Lalu kita rela menjalinkan persahabatan murni
Dan aku terlalu rindu pada sebuah percintaan
Kau juga terlalu rindu mendapat kasih dan sayang
Kita berdua sangat percaya
Sesungguhnya cinta kerana kejujuran hati
Kekal hingga kebila bila
Dia tidak akan luput di telan usia
Tanpa terpaksa kita tersangat ingin untuk bersemuka
Biarpun sedetik di alam nyata
Bertentang mata menyatakan kejujuran jiwa
Kita menunggu ketika itu
Dalam doa membawa kearah bahagia
Menuju gerbang wilayah asmara yang syahdu .
jt @ Jebat Taruna
April 2011 .
Kuala Lumpur .
Jam 9 45 Bad baru sampai di pintu masuk Mid Vally, di situlah tempat dia berjanji untuk bertemu dengan Hamidah. Dia agak menyesal tidak turun awal dari rumah. Hamidah tidak ada di situ .Mungkinkah Hamidah sudah balik, kerana sudah 45 minit dia terlewat, atau memang Hamidah tidak datang. Sayangnya dia tidak mempunyai nombor hp Hamidah. Bad telah pun memberi nombor hpnya pada Hamidah, tapi Hamidah berjanji akan beri nombor hpnya pada Bad dalam pertemuan ini .
Bad terus berdiri di situ dalam keresahan, wanita yang lalu lalang tidak ada yang serupa dengan wajah Hamidah. Tiba tiba seorang wanita berpakaian seluar ketat dan baju ketat, menuju ke arah Bad, Bad memerhati wanita yang berumur 30an itu, biarpun agak seksi tapi bertudung, kebetulan wanita itu bertudung warna biru, sama dengan warna tudung Hamidah dalam gambar perofil fb, tapi mukanya tak seperti Hamidah. Kata hati Bad, kalau lah ini Hamidah, teruknya sudah tua.
Wanita itu terus menghampiri Bad. Tanpa memberi salam, terus berkata pada Bad dengan gaya dalam kesusahan ." Adik pinjam hp sekejap, hp kakak hilang, kakak nak talipon suami "
Tanpa sepatah kata Bad menghulurkan talipon ketangan wanita itu. Wanita itu terus menalipon seseorang dan bercakap semacam berbisik, wanita itu bergerak agak jauh sikit dari Bad dan berada di pinggir jalan. Tiba tiba sebuah motosikal Yamaha LC datang dekat wanita itu, wanita itu terus melompat ke atas mosikal, dan hp Bad lesap. Tidak dapat hendak di kejar kerana jalan agak sesak, motosikal itu memecut melalui celah celah antara kenderaan .
Dalam keadaan kecewa Bad meninggalkankan Mid Valley kira kira pukul 10 45 malam. Sepanjang dalam teksi Bad hanya senyap saja, tapi dalam hatinya terus berkata kata, dahlah Hamidah tak jumpa, hp pula hilang. Bad cuba memujuk hatinya , tak apalah beli yang lain je yang lagi cangih .
Sampai di rumah Bad rasa agak sunyi dan tak gembira, lagipun dia tinggal seorang je di rumah tu, sebenarnya dia suka bersendirian . Lepas mandi dan solat Bad makan kek dan minum air oren sejuk, yang di simpan dalam peti sejuk . Tak selera pula nak makan nasi. Selalunya kalau malam dia makan di kedai Tom Yam Petani yang tak jauh dari rumahnya .
Kira kira jam 12 00 tengah malam , lepas termenung memikirkan apa yang berlaku, Bad cuba melihat fbnya, kalau kalau ada Hamidah online. Masa macam inilah dia selalu bersembang dengan Hamidah. Lagi pun besok hari minggu, lewat tidur pun tak apa, besok boleh tidur .
Berdebar hati Bad bila dia melihat ada pesanan dari Hamidah, tiba tiba dia rasa segar, mungkin kerana jantungnya berdenyut agak kencang, dengan berbagai sangkaan dia membaca ....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan