Tadi malam keresahan ku begitu memuncak
Terasa teramat terseksa hati ku
Hujan memcurah curah di awal malam
Bagai airmata jiwa ku yang menangis
Terbayang terlepas kau dari harapan ku
Terdengar desir angin dari kejauhan
Bagai bunyi kompang di majlis persandingan mu
Terasa mahu pecah jantung ku berdenyut kencang
Lelah aku menahan agar nafas tidak hilang
Aku yang dalam kesunyian kesendirian
Tiada siapa dapat ku kongsikan kepiluan
Tak terasa ku memanggil manggil nama mu
Tak kuasa aku menahan bibirku agar tidak bersuara
Dayuan suaraku hanya ditelan gelap gelita malam
Hatiku cuba ingatkan perasaan ku
Ini sebuah hanyalan yang menakutkan hanya
Namun seluruh pemikiran ku terasa bagai nyata
Semalaman aku tidak melelapkan mata
Suara burung malam tidak kedengaran
Mungkinkah sudah hilang keyakinan meneruskan rayuan kasihnya
Embun malam yang sering menemani aku memberi harapan
Hilang dalam butiran hujan dan tinggal kenangan syahdunya
Hari ini hayalan semalam terus menjadi lamunan
Lamunan ini tidak akan berhenti selagi kau terus menyepi
Andai aku terlena seketika di bawah sinaran suria
Pintu mimpiku sentiasa terbuka untuk mu
Datanglah Sayangku biarpun sedetik ketika
Katakan kejujuran yang ada di hati mu
Moga hayalan malam ku itu tidak akan menjadi nyata
Moga di sudut hati mu tersimpan cinta untuk ku
Biarpun kini menjadi rahsia diri mu
Aku tersangat ingin cinta di hati mu itu
Kerana aku terlalu amat mencintai mu .
jt @ Jebat Taruna
Kuala Lumpur
21 .3.2011 .
Badrul membaca karya Jebat Taruna ini berkali kali. Terasa sangat terkena pada dirinya. Bad berfikir dan berfikir, apakah yang akan di tulis pada kotak pesanan Hamidah. Hingga saat ini Hamidah masih belum online. Bad ada bertanya pada Jebat Taruna, tentang apa yang perlu di tulis,
Jebat Taruna hanya meminta Bad mencari mana mana karyanya yang sesuai untuk dijadikan panduan . Jebat Taruna agak sibuk, maklumlah Dr Love , kata hati Bad . Apa pun Bad mengucapkan terima kasih banyak banyak kepada Jebat Taruna, yang membenarkan Bad menggunakan karya beliau .
Bad terus mengumpulkan keindahan hati dan keindahan bicara, untuk menulis dalam kotak pesanan Halimah. Moga Halimah dapat memahami dan percaya apa yang di alami oleh Bad, menyebabkan Bad gagal berjumpa Halimah semasa temujanji di Mid Vally.
Bad begitu tertanya tanya bagaimanakah perasaan Halimah sekarang, Bad sudah mulai merindu Halimah. Tapi bagaimanakah pula Halimah, adakah dia juga merindui Bad. Andai Halimah rindu pada Bad dan buat panggilan pada Bad. Bad sudah tidak dapat di hubungi, hp Bad dah lesap. Tapi Bad merasakan tak mungkin Halimah memanggilnya .Petang ini Bad akan pergi ke Bukit Bintang, untuk uruskan nombor hp yang telah di curi , dan membeli hp baru .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan